Perancangan Perniagaan
20 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniKampung Quop, 20 Ogos 2026 – NADI Kampung Quop telah menganjurkan program di bawah kategori Smart Service NADI EmpowerHer dan NADI Preneur secara live webinar pada hari ini, 20 Ogos 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Webinar yang bertemakan “Perancangan Perniagaan: Bina Jenama Anda” ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina identiti dan jenama yang kukuh dalam perniagaan. Sesi pembelajaran turut membantu peserta memahami asas perancangan perniagaan serta strategi membina jenama yang lebih berkesan dan menarik.
Program ini telah disertai oleh dua orang peserta yang mengikuti sesi secara dalam talian. Melalui webinar ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kemahiran dalam aspek penjenamaan serta perancangan perniagaan yang boleh diaplikasikan dalam usaha meningkatkan potensi perniagaan mereka.
Penganjuran program seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha NADI Kampung Quop dalam menyediakan akses kepada pembelajaran digital dan meningkatkan keupayaan komuniti, khususnya golongan usahawan dan wanita, untuk memanfaatkan teknologi serta platform digital dalam pembangunan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: